19/02/11

10 tip untuk kekalkan persahabatan



 
Sahabat adalah orang yang paling dekat dalam hidup kita....susah senang kita lalui bersama...itulah erti sahabat sejati...seorang sahabat adalah orang yang paling kita percayai...kadang2 banyak rahsia kita disimpan oleh sahabat kita...ada benda yang tidak boleh kita kongsikan dengan pasangan kita...tapi boleh pula kongsikan dengan sahabat...kerna mereka lebih mengenal kita....kerana mereka sahabta kita....so kekalkanlah persahabatan untuk selamanya....
 
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan
perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) ketelusan sesama rakan 
 
 

0 comments:

Catat Ulasan