28 Jan 2013

Kekasih Nazmi Faiz Mansor Di Kebas Aidil Zafuan??

By on 16:04



Dimaklumkan bahawa kekasih hati pemain bola sepak remaja kebangsaan yang kini bermain di liga Portugal , Nazmi Faiz sekarang ini menjalani hubungan gelap bersama Aidil Zafuan...

Gadis Manis Tengku Fiella ini dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bola kebngsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini.


BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.

Gadis manis berasal dari Kelantan, Tengku Fiella dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bolasepak kebangsaan yang juga bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini - Aidil Zafuan.

Berita ini kecoh selepas Nazmi Faiz meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya. Ada pendapat mengatakan akaun Twitter Nazmi telah digodam, kesahihan berita ini belum dapat dipastikan.


Ini pula pengakuan Tengku Fiella di blog Rotikaya


Rotikaya.com (RTKY) : Kenyataan Nazmi Faiz pagi tadi di Twitter …
Tengku Fiella (TF): Saya tidak pernah kenal pun Aidil (Zafuan) — Nazmi saya tidak tahu’lah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi I semua tetapi I tak layan.
RTKY: Bila putus?
TF: Dua, tiga minggu lepas — kalau tidak silap.
BACA: Bekas Kekasih Nazmi Faiz & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?
RTKY: Bagaimana dengan dakwaan Nazmi Faiz yang mengatakan you adalah seorang kaki kikis & penipu?
TF: Kalau betul baik I minta mana mana Datuk taja hidup I, lagi baik.
Dia (Nazmi Faiz) mungkin tengah marah & tidak boleh terima hakikat yang kami sudah putus — dan kini dia libatkan semua orang termasuklah Aidil Zafuan pagi tadi.
Berkaitan Johan As’ari, dia merupakan abang kepada kawan I dan dia ada ucapkan happy birthday melalui Twitter dan I retweet — Nazmi terus cemburu kerana ingat I ada hubungan dengan Johan.
I kasihankan Aidil Zafuan apabila di’kaitkan kali ini. Isu dia dengan isterinya (Rita Rudaini) pun belum selesai bertambah pula dengan cerita yang di’bawa entah siapa siapa.
RTKY: Dalam ramai ramai lelaki. kenapa Aidil Zafuan yang di’kaitkan dengan you?
TF: Itu I tak tahu — ada bukti ke I jumpa Aidil atau pergi Johor? Jumpa atau kenal Aidil secara peribadi pun tidak pernah.
RTKY: Jadi, di’sini memang you menafikan semua yang di’tulis Nazmi Faiz pagi tadi?
TF: Ya. I terkejut bangun pagi pagi dengan berita sebegini. Dua tiga hari ini Nazmi ada hubungi I tetapi kerana I tak layan dia mula ugut untuk menulis macam macam pasal I di Twitter.
Dia siap beritahu I,”Baik kau angkat telefon atau aku akan tulis benda buruk pasal kau di Twitter” & saya terkejut yang dia betul betul buat.
Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri pun belum matang & mungkin dalam keadaan tertekan bermain dengan kelab di Portugal.
RTKY: Okay, terima kasih!

Sementara itu di laman Twitter Tengku Fiella



Berikutan tweets Nazmi Faiz di Twitter yang mendakwa gadis itu yang kini bekas kekasihnya menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan, Tengku Fiella melalui Twitter yang dibataskan pada peribadi mendakwa Nazmi Faiz seorang psiko dan semuanya berlaku kerana Tengku Fiella tidak melayan panggilan-panggilan telefon yang dibuat oleh Nazmi.

Kami mengambil tweets yang ditweet ulang oleh beberapa pengguna twitter, oleh sebab itu tweet handles mereka dikaburkan.


Sebelum ini pemain bola sepak Kebangsaan, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu. Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau diceroboh. Terbaru, sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitternya.

Awal pagi tadi, Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.

“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.

Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.

Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Adakah akaunnya diceroboh lagi atau apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?

 

En. eddie