25/10/12

, ,

Produk Amerika Yang Bukan Berasal Dari Amerika



Biasanya kebanyakkan barang atau produk-produk bagi sesebuah negara adalah berasal dari negara tersebut, Tetapi belainan pula di Amerika, terdapat lebih kurang 6 produk Amerika tetapi bukan berasal dari Amerika..antaranya:-


1. Bendera Amerika


Menurut laporan daripada Persatuan Pengilang Bendera Amerika, mereka telah mengimport bendera Amerika yang bernilai USD$22 juta daripada tahun 2005 hingga 2009. Majoriti pengilang bendera ini adalah daripada China. Pada tahun 2001, mereka telah mengimport bendera Amerika yang berjumlah USD$51.7 juta termasuk USD$34.8 juta dalam bulan Oktober sahaja.


2. Bola Lisut


Lebih 80% pengeluaran bola lisut yang menjadi sukan kegemaran warga Amerika Syarikat berasal dari China dan setiap bola lisut yang digunakan dalam kejohanan Major League Baseball dibuat oleh sebuah kilang yang terletak di Costa Rica. Tambahan pula, setiap bola lisut tersebut dibuat menggunakan tangan dan bukan mesin.


3. Hot Dogs


Hot dogs sebenarnya berasal daripada Jerman dan asal-usulnya melibatkan golongan imigran daripada negara Jerman itu sendiri. Menurut fakta, hidangan sosej yang dihimpit dengan roti panjang ini telah wujud di Jerman sejak abad ke-13 lagi. Pada zaman tersebut, ramai yang berpendapat bahawa daging sosej yang digunakan itu diperbuat daripada daging anjing berdasarkan nama yang digunakan iaitu ‘hot dogs’.


4. Kereta Amerika


Ramai yang menyangka bahawa kereta yang berjenama Ford, GM, dan Chrysler merupakan produk sejati Amerika namun ia terbukti salah kerana model domestiknya diperbuat dari Kanada dan Mexico. Tambahan pula, walaupun kebanyakkan kereta tersebut dibuat di Amerika namun, alat ganti dan aksesorinya dibuat dari luar Amerika Syarikat.


5. Anak Patung


Anda sangka anak patung yang berharga USD$100 ke atas dan bernama “American Girl” dibuat 100% di Amerika? Anda salah, kerana semenjak tahun 1980an, anak patung ini telah dibuat di Jerman dan kini di China.


6. The Statue of Liberty


Mungkin kebanyakkan anda tahu bahawa patung Statue of Liberty ini merupakan hadiah daripada pihak Perancis kepada pihak Amerika Syarikat. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa setiap komponen dan bahan binaan patung ini dibina di Perancis dan dibawa ke Amerika Syarikat melalui kapal laut.
, ,

14 tanda orang berbohong

14 tanda yang boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu menutup kebenaran dari anda.

1. Tidak mampu bertentang mata

Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka. Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia juga semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu, tegang dan berbohong, kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih banyak mengerdipkan mata.

2. Perubahan suara

Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya, jika sedang meninggi, ertinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.

3. Menggaru-garukan bahagian tertentu

Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan. Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu. Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.

4. Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

5. Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6. Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

7. Gerakan Kaki

Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka mula mengetuk ke tanah. Semasa pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

8. Guna kata-kata sukar

Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka. Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami. Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga. Sebuah kajian pada 2003 oleh penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan selain mengurangkan ayat orang pertama (Saya, Aku), mereka juga menggunakan kata-kata yang memberi kesan negatif.

9. Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

10. Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

11. Muka kelihatan bingung.

Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.

12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan

Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna. Untuk mengetahuinya,cubaanda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

13. Cerita Panjang Lebar

Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

14. Enggan Duduk Berdekatan

Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%. Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.

Kerana itu Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Jika kamu mendengar khabar daripada Bani Israel suatu cerita, maka jangan terus kamu terima dan jangan terus kamu tolak. Kerana boleh jadi apa yang dinyatakan oleh mereka itu benar dan boleh jadi palsu."
, ,

Maksud Sebenar Di Sebalik Jampi Ahli Sihir Harry Potter


Para peminat Harry Potter pasti sudah tahu apa yang akan terjadi sekiranya mengacungkan tongkat sihir sambil berkata, “Avada Kedavra!”. Atau jampi yang harus diucapkan sekiranya ingin membuka pintu yang terkunci (“Alohomora!).




Tetapi pernah terfikir tak, J.K Rowling, pencipta Harry potter, tidak saja-saja sesuka hati membuat sembarangan jampi dalam Harry Potter? Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang kebanyakannya berasal dari bahasa Latin. Berikut contoh jampi-jampi sihir Harry Potter.


‘Accio’
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arah anda. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang ertinya ‘Aku memanggil.’


‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya hampir dengan…‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.


‘Crucio’
Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ ertinya ‘saya menyiksa’.


‘Expecto Patronum’
Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu ‘expecto’ yang bermaksud ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang ertinya ‘pelindung’. Jadi kurang lebih expecto patronum itu ertinya ‘menunggu datangnya pelindung’.


‘Expelliarmus’
Ini jampi terhebat Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang maksudnya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang maksudnya ‘senjata.’


‘Impedimenta’
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin maksudnya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.


‘Lumos’
‘Lumos’ maksudnya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai sekiranya mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala seperti lilin.


‘Rictusempra’
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang maksudnya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksud mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.


‘Sectumsempra’
Jampi ini adalah berlawanan dengan rictusempra. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka, kerana dalam bahasa Latin, ‘sectum’ bermaksud ‘melukai/mencederai’.


‘Stupefy’
Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi kesannya tidak mendatangkan kecederaan. Cuma menjadikan musuh/mangsa menjadi bingung dan pening sahaja. Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ ertinya ‘pening’.


‘Wingardium Leviosa’
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda terangkat dan terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang maksudnya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil.

9 Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.



4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



SABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
, ,

5 Bandar Terbusuk di Bumi


Terdapat beberapa bandar di bumi yang mempunyai aroma yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, bandar-bandar tersebut masih lagi menjadi destinasi pilihan dan tumpuan masyarakat bumi.


1. Cancun, Mexico

Cancun terkenal dalam kalangan pelancong asing kerana keindahan pantainya. Selain itu, Cancun juga popular kerana baunya yang kurang menyenangkan. Kononnya, bau itu datang dari parit bawah tanah yang terletak dalam kawasan hotel-hotel mewah.


2. Venice, Itali

Kota ini sentiasa menjadi destinasi pilihan berbulan madu kerana ia memang terkenal di seluruh dunia sebagai kota romantis. Tetapi menjelang musim panas, aroma 'aneh' yang menyengat pastinya akan mengganggu bulan madu pelancong kerana pada masa itu pekerja pembersih sampah ditugaskan untuk membuang segala kekotoran ke dalam saluran.


3. Rotorua, New Zealand

Rotorua terkenal dengan kolam air panas semulajadinya. Namun, para pelancong mungkin akan terganggu dengan bau seakan-akan telur busuk yang berpunca daripada pembebasan gas hydrogen sulphide. Tidak hairanlah kenapa tempat ini juga dipanggil "Kota Sulphur".


4. St. Helen Auckland, Durham

Tempat ini mungkin bukan pilihan yang tepat sekiranya anda mahukan destinasi pelancongan yang mempunyai udara yang segar dan nyaman. Ini kerana terdapat ladang bawang yang sangat luas di tempat ini. Beberapa pengunjung mendakwa mereka tidak sanggup membuka tingkap bilik kerana bau bawang dari ladang tersebut sangat kuat.


5. Cote-'or, Perancis

Udara di daerah selatan Perancis ini kurang menyenangkan dan bau itu berpunca dari kilang membuat kejuThe Epoisses de Bourgogne. Keju tersebut memang terkenal memiliki bau yang busuk sehingga ia dilarang dibawa dalam pengangkutan awam.

Sejarah Aidiladha

Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiadha atau di kalangan masyarakat kita lebih dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Kurban. Jadi semperna hari yang berbahagia ini mari kita menyingkap sedikat sejarah berkernaan hari raya ini.


Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111




Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab:'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)


Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."


Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
, , ,

3 Tips berguna buat semua pengguna mesin (ATM)

Kecurian semasa mengeluarkan duit di mesin ATM sering berlaku. Jadi bagi mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini. Disini adalah beberapa langkah yang berguna untuk kita praktikkan.:-

Kenapa waktu Solat berubah-rubah?

Waktu Solat adalah tetap mengikut kedudukan matahari. Waktu fajar, tengahari, petang, senja dan malam.

Yang berubah adalah masa pada jam. Perubahan ini berlaku disebabkan faktor pusingan bumi di atas paksinya, pusingan bumi mengelilingi matahari, kecondongan paksi bumi dan lain lain lagi.

Berbalik kepada persoalan. Kenapa waktu Solat berubah? Secara lebih terperinci?





Rajah di atas menerangkan tentang "Equation of Time". Iaitu perbezaan masa antara jam matahari/sundial (alat yang menentukan masa berdasarkan kedudukan matahari) dan jam konvensional (jam digital, jam dinding, jam tangan).

Perbezaan ini berlaku kerana faktor orbit bumi vs matahari dan juga pelbagai variable lain yang tidak constant.

Dapat kita lihat, adakalanya waktu sundial adalah sehingga 16 minit lebih laju (November) dan adakala perlahan sehingga -14 minit (February).




Rajah di atas menerangkan inconsistency yang berlaku pada sudut pancaran matahari yang disebabkan oleh solstice dan equinox. Di mana cahaya matahari yang diterima bumi tidak sekata sepanjang tahun disebabkan kecondongan paksi bumi berbanding pusingannya.

Seterusnya, pengiraan waktu solat secara lebih saintifik memerlukan penggunaan formula yang berliku-liku tajam serta melibatkan variable-variable halus seperti latitude, longitude, timezone, equation of time, declination of sun etc.



(Contoh pengiraan waktu Solat Asar)



Kesimpulannya, perubahan waktu solat berlaku kerana faktor ketidak-samaan waktu/jam bumi dan waktu mengikut pengiraan kedudukan matahari. Termasuklah perubahan sudut sinaran matahari mengikut empat musim dan juga perubahan kedudukan matahari disebabkan orbit bumi.

Waktu Solat tidak berubah. Kerana ianya dikira mengikut pergerakkan dan kedudukan matahari. Sebaliknya yang berubah adalah waktu mean/average yang digunapakai tamadun manusia.
,

Restoran Mcdonalds Terbesar Di Dunia

Restoran ini terletak di 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London. Ianya mempunyai keluasan 3000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 500 pekerja dan sebanyak 200 pekerja akan bertugas pada satu shift.
, ,

Syarat-syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah

Bismillahirrohmanirrohim..


Maklumat untuk para muslimat. Para muslimin boleh juga membaca dan menasihatkan kepada para isteri, anak2, ibu, adik2, kakak2 serta sesiapa sahaja yang layak. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan. Wallahua’lam..


Syarat2 Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah:
1. Pakaian itu mestilah menutup seluruh aurat
2. Pakain itu tebal yakni tidak jarang sehingga bole menampakkan warna kulit
3. Pakaian itu mestilah longgar, lapang atau luas yakni tidak terlalu ketat.
4. Pakaian itu tidak dikenakan wangi-wangian
5. Pakaian itu bukanlah pakaian untuk kemasyhuran dan menarik perhatian (menjolok mata) serta untuk sombong dan takabbur
6. Jangan sesuatu yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri merupakan perhiasan
7. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian perempuan kafir
8. Pakaian yang dipakai tidak menyerupai pakaian khusus untuk kaum lelaki
, ,

10 alat permainan yang diharamkan

10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle

Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya.





9. Aqua – Dots

Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.





8. Sky Dancers Flying Dolls

Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000.





7. Easy Bake Oven – Hasbro

Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika si manja ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2 berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam tangan.Hasbro berhenti pengeluaran pada tahun 2007 (baru lagi nih).





6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel

Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik yg akan mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997.





5. Battlestar Gallactica Missile Launcher

Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas tercekik pada salah satu alat pelancar peluru berpandu.




4. Chicken Limbo Party Time

Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak mempunyai tiang yg kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh pada kanak kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes dilaporkan menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki & tangan. Diharamkan pada tahun 2006.





3. Clackers

Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan ketika bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981.





2. Mini Hammocks – EZ Sales

Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12 kematian dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti lemas, terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos 1996.




1.Jarts - Lawn Darts

Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya dilontarkan pada permukaan rumput sahaja. Alart permainan dart ini boleh munusuk ke mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700 kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan selama-lamanya bermula pada tahun 1988.




, , ,

Filem Sekarang Rendah Kualitinya – Yusof Haslam

Siapa tidak kenal dengan Datuk Yusof Haslam. Salah seorang pengarah dan pelakon otai. Filem arahannya pernah meletup Box Office. Komen beliau terhadap filem sekrang yang kurang berkualiti ada benarnya. Bagaikan menjadi trend kebanyakkan filem hari ini berkaitan hantu, mat rempit dan gangster. Sudah kehabisan idea kah para penerbit filem di Malaysia, mengapa mereka tidak mahu terus berkembang, mencuba pelbagai genre filem lagi. Para penonton pon sudah naik muak asyik dengan jalan cerita yang lebih kurang sama dan dengan lakonan pelaokn yang ala-ala je. Nampak gaya jikalau keadaan in berterusan, filem Malaysia akan jatuh kembali.



Rasanya anda semua maklum yang kutipan filem Malaysia amat mengecewakan semenjak kebelakangan ini. Bagi Datuk Yusof Haslam, filem yang kutipannya tinggi tidak semestinya sebuah filem yang berkualiti tinggi. Berkata kepada Sinar Online, walaupun filem Bunohan dan 29 Februari gagal di pawagam, namun kedua-dua buah filem ini adalah filem yang baik.

Sebagai contoh, filem 29 Februari, filem ini bagus tapi mungkin kutipannya tidak begitu baik, begitu juga Bunohan yang saya sifatkan sebuah filem yang mempunyai sinematografi yang baik. Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya. Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti.

Namum harus diingat, Datuk Yusof Haslam. Filem yang pernah beliau arahkan pon bukannya berkualiti sangat. Aku paling menyampah dengan skrip yang di buat didalam setiap filemnya. Dan didalam setiap filem pasti akan ada babak dekat disko, babak pasal anak orang kaya dengan kereta atau motor besar dan paling tak boleh blah mesti ada polis...hahaha..mintak maaf nyer