29/06/11

#Wordless Wednesday #2

serangan asyik dan rindu

28/06/11

,

Menang Cipta Logo Filem Transformer | Remaja 17 Tahun Dari Alor Gajah


ALOR GAJAH Jun 27, 2011: Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.

Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.

"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.

Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut. - BERNAMA
, , , ,

How To : Cara Membuat Tulisan Berwarna Warni Di Facebook Profile



Comel tak profile facebook nie, ( menyampah ai..). Tapi nampak lain dari yang lain sket ek, boleh la kita lari skit dari kebiruan FB skali skale...hehehe...Kalau yang berminat nak buat FB korang lawa dan cute cam nie, nie ada cara daripada tengku nizam.....senang jer nak buat nie

javascript:i=0;c=["red","green","blue","yellow","magenta","orang e"," pink","violet"]; a=document.links;setInterval('i++;a[i % document.links.length].style.color=c[i % c.length]',1);void(0); alert("-=[Colorful Facebook, Ikhlas daripada tengkunizam]=-")
1. buka facebook anda
2. Dan HIGHLIGHT kan url http://www.facebook.com/.........
3. lalu copy paste kan kode URL diatas
4. jangan lupa tekan enter
5. klik ok, nah sekarang lihat hasilnya.

Tada dh siap, cuba jangan xcuba....

26/06/11

, ,

Samsung Galaxy S2 Specification


Geram nyer nak rembat satu nie. Rasa nak tukar jer Samsung Wave nie dengan Samsung Galaxy S2 nie...tapi bajet nak beli cukup untuk beli laptop jer nie, korang tolong la aku wei...klik2 yang mana patut, nanti aku leh cash out aku punya Nuffnang


          Network
HSPA+ 21Mbps/ HSUPA 5.76Mbps EDGE/ GPRS Class 12 Quad band GSM 850/900/1800/1900 Quad band UMTS 850/900/1900/2100
 
          AP
Dual Core Application Processor
 
          Dimensions
125.3X66.1X8.49mm
 
          Display
4.3" WVGA SUPER AMOLED Plus *
          Memory
16GB/32GB MicroSD (up to 32GB)
 
          Camera
8MP AF with LED Flash + 2MP Front
 
          Connectivity
Wi-Fi a/b/g/n BT v3.0+HS USB v2.0
 
          Connectors
MicroUSB, 3.5mm Ear Jack
 
          Battery
1650mAh
 
          OS
Android Platform 2.3
 
          Message
SMS/MMS (OMA v1.2) Email (POP3/IMAP/SMTP, SSL/TLS) Exchange ActiveSync Email
 
          Audio
MP3, OGG, AAC, AAC+, eAAC+, AMR-NB AMR-WB, WMA, WAV, MID, AC3, IMY, FLAC, XMF
 
          Video
MPEG4, H.264, H.263, WMV, DivX, Xvid, VC-1 Recording & Playback 1080@30fps
 
          Image
JPEG, PNG, GIF, WBMP, BMP, AGIF
 
         GPS
A-GPS
 
         Convergence
Easy Set-up (WPS PIN/PBC, Wi-Fi Direct) AllShare (DLNA1.5) Samsung Kies 2.0, Samsung Kies air
 
         4 Hubs
Social Hub / Readers Hub / Music Hub / Game Hub
 
          Others
TouchWiz Google Mobile Services

25/06/11

, ,

Rahsia nombor MyKad anda


Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia.

Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. 

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-

Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82
,

Lelaki Berkahwin Pada Usia 99 tahun


ROCHESTER: Gilbert Herrick tidak pernah mahu berkahwin kerana belum bertemu dengan wanita sesuai dengannya, sehinggalah beliau berusia 98 tahun.

Kini berusia 99 tahun, veteran Perang Dunia Kedua dan seorang pesara kakitangan pos dari barat New York baru-baru ini mengahwini Virginia Hartman, 86, seorang balu lima anak.

, , ,

Keputusan Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 | Sepah Juara

Berahkir sudah Maharaja Lawak 2011...kiro okey jugak la lawak diaorang nie...tetapi sepanjang minggu pertandingan bagi aku yang betul2 konsisten adalah Sepah, Jambu dan Jozan...


Apa-apa pun aku ucapkan tahniah buat Kumpulan Sepah kerana berjaya memenangi Maharaja Lawak dan merangkul hadiah berupa topi maharaja lawak + RM350,000 + trofi...korang memang lawak la...Di tempat kedua pula adalah Kumpulan Jozan menbawa pulang RM 250,000 + trofi, Manakala Nabil pula di tempat Ketiga menerima RM 150,000 + trofi. Sayang seribu kali sayang walaupon sering tampil dengan lawak yang agak bernas Kumpulan Jambu hanya menduduki tempat keempat turut menbawa pulang ganjaran RM 50,000 + trofi....

Kepada yang xsempat menonton kat ASTRO...nie aku da video baik punya...jom layan.....

PART 1

Persembahan NABIL minggu 13


Persembahan JAMBU minggu 13

Persembahan SEPAH minggu 13


Persembahan JOZAN minggu 13



PART 2

Persembahan NABIL minggu 13

Persembahan JAMBU minggu 13

Persembahan SEPAH minggu 13

Persembahan JOZAN minggu 13



Video Keputusan Penuh Maharaja Lawak 2011

24/06/11

, ,

Gambar Lucah Dalam Surah Yasin

KEPALA BATAS - Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.

Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.

Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.

“Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.

“Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet.

“Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.

“Kami tidak tahu motifnya dan kenapa Yasin di masjid ini dijadikan pilihan,” katanya.

Pihaknya telah membuat laporan polis dan kesemua 21 naskhah terbabit diambil polis untuk disiasat.

Imam 1 masjid berkenaan, Ahmad Zawawi Ali berkata, majlis bacaan surah Yasin itu diadakan malam semalam untuk menggantikan kuliah agama dan dihadiri 75 lelaki dan 25 wanita.

“Selesai solat Isyak, naskhah surah Yasin itu diambil dan diedarkan kepada jemaah. Seorang daripada jemaah lelaki menyedarinya dan memberitahu Abdul Rahman.

“Suasana majlis bertukar menjadi riuh apabila lebih ramai jemaah menemui gambar itu di dalam naskhah masing-masing,” katanya.

Gambar lucah itu tidak ditemui di dalam naskhah yang dikhaskan untuk jemaah perempuan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan laporan polis yang dibuat.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Sehingga kini belum ada tangkapan.

“Kita ingin menasihati jemaah dan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau meminta pentadbir masjid lebih berhati-hati menjaga masjid dan meletakkan pengawal untuk mengelak pencerobohan.

P/s: sapa punya kerja nie, nak buat onar.....

23/06/11

Malaysia vs Lebanon | Keputusan Perlawanan Pra Olimpic 2nd leg


Malaysia (2) vs Lubnan (1)

Video Goal Pertama Malaysia vs Lebanon | Jaringan Irfan Fazail


Goal Kedua Malaysia vs Lebanon | Jaringan Wan Zack Haikal

22/06/11

#Wordless Wednesday #1



Wei Siot mn yang curik laptop aku...AKu x Halal Dunia Akhirat

21/06/11

Smart Loan : Nak Pedajjal Kakitangan Kerajaan


SL: APA ITU SMART LOAN ?
Eddie: Aku tak tau tang mana yang SMART sangat LOAN kau tue, tapi yang aku pasti kau memang SMART sebab nak pau duit kita orang, terutama kakitangan Kerajaan, so kena hati-hati la dengan gerakan dia orang nie, aku rasa mondus operandis dia orang nie lebih kurang MLM jugak la....aku harap pihak-pihak yang berwajib sila buat siasatan dan tindakan yang sepatutnya.
SL: Smart Loan dibawah naungan INSPRASI SERI ALAM SDN.BHD yang akan menguruskan permohonan pinjaman anda ke KOPERASI dan BANK terpilih .
Eddie: Owh... baru aku tau...ade aku kisah...dah berapa ramai orang yang dah kau kasi lingkup?...
SL: Smart Loan adalah cara yang terbaik untuk PINJAMAN PERIBADI anda bertukar menjadi KEUNTUNGAN untuk jangka masa pendek dan menerima BONUS DIVIDEN setiap tahun untuk jangka masa panjan.
Eddie: La iye ker...tak tahu pulak aku...abis..dari mana datang nya untung tue?...atok kau tolong bayar?...dari bank bapak kau?...agak-agak la wei nak kencing pon...budak2 tadika boleh la...
SL: SEGALA urusan adalah SAH disisi undang – undang Malaysia . DI JAMIN
PERBEZAAN SMART LOAN DENGAN YANG LAIN
Eddie: Sah tengkorak ko...pergi jahanam la wei dengan bisnes mengarut kau nie...menyampah aku...lebih baik kau pergi buat bisnes ni dekat Zimbabwe laa..#@%**...>|vWi>|0d!!!...
So kepada korang2...jangan mudah terpedaya dengan helah dia orang nie... masa cakap memang la senang...dapat banyak untung bagai...tetapi fikir-fikirkanlah...aku tak kisah kalau korang nak join jugak benda nie...tapi mana ada kat dunia ni...senang-senang jer ko nak jadi senang...waspada lah...sebab aku boleh namapak benda nie sama jer dengan mana-mana MLM atau SKIM CEPAT KAYA yang lain....cuma dia orang tukar taktik jer kali ini...BEWARE Okey..bye3


20/06/11

Baby, I Love You

The Ramones - Baby, I love You



Have I ever told you. How good it feels to hold you. It isn't easy to explain. And though I'm really tryin'. I think. I may start cryin'. My heart can't wait an other day. When you kiss me I just gotta. Kiss me I just gotta. Kiss me I just gotta say : Baby, I love you, Come on baby. Baby, I love you. Baby I love, I love only you. I can't live without you. I love everything about you. I can't help it if I feel this way. Oh I'm so glad I found you. I want my arms around you. I love to hear you call my name. Oh tell me that you feel. Tell me that you feel. Tell me that you feel the same. Baby, I love you. Come on baby. Baby, I love you. Baby I love, I love only you....

Do you remember rock'n'roll radio?

19/06/11

, ,

7 Gangster wanita yang paling brutal di dunia


Wanita selalu dikaitkan dengan sifat lemah lembut, sopan dan keibuan. Tiada yang lebih indah didunia ini melainkan wanita dan mereka selalu dianggap makhluk yang lemah dan memerlukan perlindungan lelaki. Yang akan anda lihat di bawah adalah sebaliknya, mereka wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia Gangster. Mereka yang menyatakan bahawa dunia penjenayah adalah permainan para lelaki adalah telah silap setelah melihat profil wanita – wanita ini. Persepsi anda terhadap wanita mungkin akan berubah

Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)


Dengan pimpinan seorang wanita tidak bererti bahawa organisasi seperti Keluarga Moran tidak boleh menerajui geng mereka untuk mengubah Melbourne menjadi Dodge City. Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia gelar sebagai “family matriarch”.


Anugerah Nobel | Nobel Prizes



Alfred Noble



Hadiah-hadiah Nobel ialah hadiah yang dimulakan oleh wasiat Alfred Nobel, dan dianugerahkan kepada individu (dan juga pertubuhan dalam kes Hadiah Keamanan Nobel) yang telah melakukan penyelidikan yang ulung, mencipta teknik atau radas yang luar biasa, atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat. Hadiah-hadiah Nobel yang umumnya dianugerahkan setiap tahun dalam kategori-kategori yang disenaraikan di bawah, dianggap secara meluas sebagai pujian yang tertinggi dalam dunia pada hari ini.


18/06/11

, ,

Serabut Weh ( Cover Songs by orang putih )


Mana la orang putih ni dapat lirik lagu nie...siap boleh nyanyi pulak tue...hehe...tapi kira okey la jugak kan...sbb dio boleh sebut dengan betul setiap ayat tu, walaupun lagu nie dalam bahasa kelantan. namum ada la jugak part2 yang sebutan tak betol, sebab intonasi bahasa kelantan nie lah yang agak sukar nak tiru atau ajuk...tapi boleh la aku bagi 3 bintang kat mat salleh nie...

Kat bawah nie adalah lagu asalnya...amacam sama tak? yang mana lebih sedap...huhuhu...

17/06/11

, ,

Masjid Paling Aneh Di dunia


Bentuknya sederhana, namun jemaahnya datang dari segenap penjuru desa sebelum waktu solat masuk
Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem” ( bermaksud “ Anggap Saja Sudah Makan”). Sangat aneh bukan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

dia akan berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”

Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul tinggal seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar beliau tidak membeli apa-apa. Jika dia merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia akan berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”

,

Kayu Sugi Redesign



Kayu sugi adalah bukan perkara asing bagi orang muslim. Kerana penggunaanya adalah semenjak daripada zaman Rasulullah s.a.w lagi. namum setelah melalui peredaran zaman, penggunaan kayu sugi kian dilupakan. Walaupun pada hakikatnya ia menpunyai pelbagai khasiat, namum orang muslim kini lebih senang untuk menggunakan berus gigi serta ubat gigi yang dicipta oleh orang barat.

"Diriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi."

16/06/11

, , ,

Senarai Laman Web Malaysia Yang Telah Di Godam

Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.com - Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) - Hacked
Tourism Malaysia - Up
UiTM Penang - Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
CIDB - Hacked but back up
Land Public Transport Commision - Hacked but back up
1Malaysia - DoS / Switched off
ASEANConnect - DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service - DoS / Switched off
Ministry of Education - DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia - DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Up
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched off

Sumber dari fb Najib...

15/06/11

, , ,

Cyber War : Laman web KRU turut menjadi mangsa hackers

Ekoran daripada sekatan yang dilakukan oleh SKMM terhadap beberapa laman web yang berunsurkan muaturun percuma, ada pihak yang hanya mahu dikenali sebagai Anonymos bertindak menggodam laman-laman web Malaysia terutamanya yang melibatkan kerajaan Malaysia. Menurut sumber serangan maya ini akan di lancarkan pada hari Khamis (16/6/2011).


, , , ,

How To : Cara buka laman web yang telah di block SKMM

Semua kaki download tengah bengang sekarang nie kan, termasuk aku. Namum begitu ini bukanlah penamat segalanya, semangat pejuangan harmoni mesti di teruskan hingga ke titisan terakhir. Aku pon bukan nak salahkan SKMM dalam hal ini, sebab inipon sudah menjadi tugas dia orang. Tak pasal-pasal aku kena tahan ISA pulak lepas nie..hahaha.... Walau apapun yang terjadi, masih ada lagi cara dan kaedah yang boleh kita cuba untuk menembusi sekatan ini....

Jadi apa kata kita try guna cara ini pulak untuk buka laman yang telah di block.

Kaedah 1 :
Try usha entry aku yang lepas nie.... Tips buka website yang kena block

Kaedah 2 :
, , ,

10 laman web yang telah disekat oleh SKMM

Dalam isu terhangat dunia maya Malaysia hari ini. Di mana sebanyak 10 laman web yang menjadi kegilaan kaki download telah di sekat oleh SKMM. Dan dengar-dengar khabar angin akan tercetusnya perang cyber diantara para hacker dan SKMM. Jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

Buat masa ini ini lah senarai laman web yang telah di block:,

http://www.warez-bb.com
http://thepiratebay.org
http://www.movie2k.to
http://www.megavideo.com
http://www.putlocker.com
http://www.depositfiles.com
http://www.duckload.com
http://www.fileserve.com
http://www.filetube.com
http://www.megaupload.com


p/s: lepas nie laman web mana pulak yang akan kena download....tapi aku dh jumpa cara untuk buka laman web yang di block nie...hehehe...how-to-cara-buka-laman-web-yang-telah diblock

Game Antara Blogger


Jom join cepat sblom kul 1 tghari nie...klik link kat atas tue

13/06/11

,

Kaedah mendapatkan Semula Barang Yang Hilang mengikut Cara Islam

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.


Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;


, ,

10 Tempat kebal yang dikatakan paling selamat di dunia

Apabila ada terlalu banyak benda yang nak dirahsiakan, maka kita akan mencari satu tempat yang paling selamat untuk menyimpan rahsia tersebut. Maka terciptalah lagu Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia...hahahaha.
Dan inilah gunanya ada bilik kebal, kita boleh simpan segala benda yang amat berharga atau benda yang terahsia disini agar ia selamat daripada jatuh ketangan pihak yang berkepentingan. So nie nak share skit pasal bilik-bilik kebal yang dikatakan paling selamat didunia. Kebal sangat ke?

12/06/11

, , ,

Pirate Bay bidas sekatan SKMM


Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.

11/06/11

Mohd Daudsu Jamaluddin





Mohd Daudsu Jamaluddin (tarikh lahir 18 mac 1985 di Kota Bharu, Kelantan) adalah pemain bolasepak Malaysian dan juga merupakan Defender untuk pasukan Kelantan FA. Dia juga turut bermain untuk Pasukan Nasional Malaysian.
Daudsu pernah bersama Johor FC untuk musim 2006/07 dan 2007/08 . Dan kembali menyertai Kelantan FA selepas tamat kontrak bersama Johor FC.

Dia juga pernah bermain untuk Malaysia under 23 side yang telah menjuarai 2007 Merdeka Tournament. Selepas itu dia juga sekali lagi dipanggil bagi menghadapi 2010 FIFA World Cup qualification (AFC) menentang Bahrain.

11 Orang Yang Didoakan Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:



1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”



10/06/11

, , ,

Sejarah Komputer Dan Internet ( Part 2 )

CARIAN ENJIN PERTAMA


'WebCrawler Administration Page'


'WebCrawler Edit Page'

Carian enjin pertama direka untuk internet dibuat pada tahun 1993dengan nama World Wide Web Warderer (Wadex). WebCrawler, 1994,
adalah search engine pertama yang berdasarkan teks seperti search engine yang sekarang.



9/06/11

, , ,

Sejarah Komputer Dan Internet ( Part 1 )

PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA


'The Electronic Colossus' sedang digunakan untuk D-Day, 6 Jun 1944

Sir Harold Thomas Flower. Dia adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.

8/06/11

,

Bangunan Pelik


Wow! kreatif btol...mmg genius la...


Untuk memastikan keselamatan bangunan ini terjamin, sekali mangga dia besar daaa..

6/06/11

,

Jangan Guna Ctrl+C untuk "copy"


Sekadar untuk informasi semua. Berhati hati dengan Ctrl+C apabila anda menggunakan Internet Explorer. kita banyak 'copy' pelbagai data dengan menekan Ctrl+C dan 'paste' kan ia dimana mana. sebenarnya, 'copy' ini tersimpan di 'clipboard' dan boleh di akses daripada net dengan menggunakan kombinasi javascripts dan ASP.

cuba sendiri
1) copy apa jua jenis text dengan menekan Ctrl+C
2) klik link ini Retrieve Clipboard Text To A Web Page With Javascript - Make Sure You Do Not Allow Someone To Gather This Information, It Is An Exploit In Many Eyes

Anda akan melihat text yang anda 'copy' tadi di skrin dimana ia telah di akses oleh website ini.

Moral
jangan sesekali menjadi pemalas apabila menggunakan internet. jangan guna Ctrl+C sebagai jalan pintas untuk memasukkan sebarang data data sensetif(passwords, creditcard numbers, PIN).

Adalah menjadi teramat senang untuk meng'extract' text dari 'clipboard' untuk mencuri maklumat sensetif anda!!!! 

Cara untuk mengatasinya:

,

25 Tahun | Tidak Pernah Ambil Cuti Sakit


KOTA BHARU, 6 Jun -- Seorang kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang beribu pejabat di sini dikatakan tidak pernah mengambil cuti sakit sejak 25 tahun berkhidmat.

Mohd Fakri Mohamad Noor, 48,
yang kini menjawat jawatan Ketua Komunikasi Korporat LKTN berkata biarpun sakit, beliau seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil cuti sakit biarpun ditawarkan oleh doktor.

"Ramai kakitangan kerajaan atau swasta yang terlalu memburu cuti sakit bahkan dalam setahun banyak yang mengambil cuti sakit sehingga menyebabkan mereka dipandang negatif oleh rakan sekerja.

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasawuf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.